Salam.....
Dah lama sangat teringin nak makan pie epal. Tapi asyik bertangguh jer nak membuatnya, padahal bukanlah susah sangat pun kan nak buat pie nih....Banyak orang yang dah membuatnya kan....Lain orang lain caranya buat pie nie..Uda google sana sini nengok resepi, last-last tak salin resepi. Balik rumah lepas kerja nak buat ingat-ingat lupa pulak resepi, tapi dah nak makan sangat dan bahan pun dah ada uda bantai jer ler buat. Nak buka internet mana ada kat umah, rasa malas dah nak guna internet kat umah nih, senuanya macam siput....Sebelum ni dah guna maxis, celcom, alahai line ternet dia pinya ler slow, kalo nak jelas kena keluar rumah duduk depan pagar baru line dia clear sikit tapi kalo nak guna malam takkan nak tertenggek kat luar umah tuh...Kang jiran kata apa pulak.....Lepas tuh tukar pulak streamix, lagi le hampeh..... bayo je bulan2 line langsung tak dapat. Sakit hati punya pasal potong terus line tuh ganti pulak dengan yes. Yang broadband yes ni pulak mencekik darah, kalo kita tak guna pun kena to up tiap bulan kalo tak baki duit yang ada ditelannya. Padahal guna sesekali jer dalam sebulan, sebabnya uda nih bukan rajin sangat nak bukak internet kalo kat rumah, bukan macam blogger lain yang memang boleh dikatakan hari2 ada post kat blog. Last sekali malas nak guna yes tuh....Buat sakit hati jer.....
Dah puas sesi luah perasaan, kita balik pada resepi yer...Resepi nih uda agak2 jer tapi ahlamdulillah menjadi dan sedap (pada Uda ler....). Kalo nak cuba boleh ikut resepi seperti kat bawah yer.................
Ada orang letak serbuk kayu manis dan serbuk buah pala dalan inti pie tapi uda tak letak, uda ganti dengan esen vanila jer, kang tak ada sapa nak makan kalo letak rempah bagai dalam inti tuh....
PIE EPAL
Sumber : Pakcik Google
Bahan Pastri:
200gm majerin sejuk (Sejukkan sekejap dlam p/ais)
31/2 cawan tepung gandum
3 sudu besar gula aising
2 sudu besar air sejuk dari peti ais
Bahan Inti:
5 biji epal hijau
100gm gula perang (Uda tambah 1 sdb gula pasir sebab epal hijau tuh masan sangat)
1/2sdt garam halus
1 sdt esen vanila
2 sdb tepung jagung bancuh dengan sedikit air
Cara Buat Inti Pie :
Kupas epal, buang biji dan empulur lalu didadu kecil
Basuh dan toskan
Masak gula perang bersama epal dan garam biar epal lembut
(Masa ni uda rasa epal tuh dan rasanya masih masam, jadi uda tambah gula pasir 1 sdb)
Maukkan esen vanila dan tepung jagung
Kacau hingga pekat, angkat dan sejukkan
Cara Buat Pastri:
Sejukkan sekejap majerin dalam peti ais lebih kurang 10 minit
Ayak tepung bersama gula aising
Campurkan majerin, tepung dan gula aising ramas hingga jadi seperi serbuk roti
Campurkan ais sikit-sikit dan uli hingga jadi doh
Perap doh seketika dalam peti ais lebih kurang 30 minit
Keluarkan doh dari peti ais, ambil 2/3 dari adunan asal, canai nipis
Masa ni dah boleh panaskan oven pada suhu 180C
Dengan perlahan-lahan masukkan dalam acuan pie. Uda guna acuan pie ukuran 8 inci
Potong lebihan kulit pie kat tepi2 acuan guna belakang pisau, kalo ada yang terkoyak pastri tuh kat dasarnya, tampal jangan sampai bocor, kang tekeluar pulak inti bila kita isi dan bakar.
Isi inti pie sampai penuh. Tutup bahagian atas dengan lebihan pastri. Sapu dengan air bahagian tepi2 pastri supaya melekat bila kita tutup dengan lebihan pastri tuh...
Sapu dengan susu segar supaya berkilat bila pie tuh masak..
Bakar lebih kurang 50minit dengan suhu 180C
Sejukkan dan boleh le dingap......
Resepi nih langsung2 tak guna telur, so sapa2 tak makan telur boleh le cuba resepi ni yer.....
Sekian selamat mencuba......
Wednesday, 11 March 2015
COKLAT CHIP BROWNIES
Salam semua......
Ari ni nak tepek resepi brownies yang dibuat beberapa hari lepas. Amik resepi kat blog Hana memories. Tima kasih yer Hana atas perkongsian resepi yang mudah dan sedap nih. Minta izin simpan resepi kat blog uda yer.......
Ari ni nak tepek resepi brownies yang dibuat beberapa hari lepas. Amik resepi kat blog Hana memories. Tima kasih yer Hana atas perkongsian resepi yang mudah dan sedap nih. Minta izin simpan resepi kat blog uda yer.......
Tinggal 11 ketul masa nak amik gambo ni, sebab seketoi dah dingap.......
·
1 cawan tepung gandum
·
1 cawan gula perang -
kisar dahulu (uda letak 1/2 cawan + 1 sb gula perang & tak kisar pun)
·
1/4 cawan serbuk koko
·
1 biji telur
·
1 cawan susu segar
·
1 sk baking powder
·
1/2 sk garam
·
1 sk esen vanilla
·
1/3 cwn minyak
masak@butter cair
·
1/2 cawan chocolate
chips
Cara-cara
·
Panaskan oven 180.
Griskan loyang dengan butter. Ketepikan. (Uda guna cawan kertas saiz
medium dapat 12 pcs)
·
Satukan semua bahan
kecuali choc chips ke dalam mangkuk. Kacau menggunakan whisk sehingga
sebati.
·
Bila dah sebati
masukkan separuh choc chips. Kemudian tuang ke dalam loyang/cawan kertas dan
tabur baki choc
chips tadi.
·
Bakar 25-30min
sehingga masak. Hias jika suka.. Uda sudukan coklat masakan yang dicairkan.
Wednesday, 4 March 2015
KEK MINYAK
Assalamualaikum semua.
Sebenarnya dah lama sungguh nak tepek resepi kek yang sedap dan amat senang nak membuatnya nih, malahan dah banyak buat untuk customer. Tapi tula........ zat MMMMMM amatlah berlemak kat badan nih sebab tu le asyik tertangguh jek....
Uda suka tengok Lina Teratak Mutiara Kasih tu buat kek nih....Ya ampun cantik sangat......
Uda buat kat bahagian atasnya mesti ada retak, kalo tak banyak sikit tuh mesti ada. Tak tau le kenapa, nak kata oven panas sangat guna 160"C je. Oven tuh pulak tak de le lama mane baru 2 tahun lebih je uda guna. Tapi ahlamdulillah masih ada juga permintaan dari customer.
Ok la... apa2 pun minta izin kat penyumbang resepi asal ni yer untuk uda tepek kat blog uda supaya senang sedara mara, atau kekawan nak cuba. Uda amik dari blog LinaPG. Tima kasih juga untuk Lina yer......
Sebenarnya dah lama sungguh nak tepek resepi kek yang sedap dan amat senang nak membuatnya nih, malahan dah banyak buat untuk customer. Tapi tula........ zat MMMMMM amatlah berlemak kat badan nih sebab tu le asyik tertangguh jek....
Uda suka tengok Lina Teratak Mutiara Kasih tu buat kek nih....Ya ampun cantik sangat......
Uda buat kat bahagian atasnya mesti ada retak, kalo tak banyak sikit tuh mesti ada. Tak tau le kenapa, nak kata oven panas sangat guna 160"C je. Oven tuh pulak tak de le lama mane baru 2 tahun lebih je uda guna. Tapi ahlamdulillah masih ada juga permintaan dari customer.
Ok la... apa2 pun minta izin kat penyumbang resepi asal ni yer untuk uda tepek kat blog uda supaya senang sedara mara, atau kekawan nak cuba. Uda amik dari blog LinaPG. Tima kasih juga untuk Lina yer......
Ni uda guna 3 warna (Kek tempahan)
Ni pulak 2 warna jer juga untuk tempahan
NI pulak kaler aiskrim paddle pop untuk makan2 kat umah
5 biji telur gred A
3/4 cawan gula halus (LiNa Pg gn 1/2 cawan gula kaster) -uda
ikut LiNa Pg
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 cawan susu pekat (LiNa Pg gn 3/4 cawan) -uda
ikut LiNa Pg
1 sudu besar ovellate
1 cawan minyak masak
Perasa nenas, pisang atau apa-apa perasa ikut suka dan
pewarna (uda bubuh pewarna je)
1 sudu teh essen vanila
Cara-caranya :
Panaskan oven 170"C.
Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
Lenser loyang kek dengan mentega. Alaskan dengan baking
paper.
Pukul telur bersama gula dan ovellate hingga kembang.
Masukkan susu pekat bersama essen vanila. Pukul lagi
sekejap.
Masukkan minyak masak dan perasa sambil di pukul lagi tapi
hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu
bahagikan adunan kepada 3 warna.
Tuang kedalam loyang.....marble ikut kreativiti.
Bakar hingga masak. Suhu bergantung pada oven masing-masing.
(LiNa bakar pada suhu 165"C selama 50 minit pada api atas bawah) (Uda
masak dengan suhu 160"C selama 50
minit pada api atas bawah)
Biarkan kek sejuk barulah di potong dan hidangkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)