Apa kabar semua?. Hai la kejap je kan dah berganti tahun baru 2014. Rasa macam baru je tahun 2013 menjelang, pejam celik dah berganti tahun 2014. Apa azam kekawan di tahun baru?. Moga azam korang dah tertunai la ye untuk tahun lepas.
Azam uda??????? ntah le tak terfikir pun sebabnya takut tak tertunai....Apa yang pasti hari2 uda berdoa moga hari-hari yang dilalui sentiasa dalam rahmat dan hidayah NYA
Ok la ari ni nak kongsi dengan kekawan makan lempeng kelapa, tapi korang nengok gambo je la ye...lempeng tu dah abis pun dimakan....Dulu masa kecik2 mak selalu masakkkan lempeng kelapa nih kalo dah jemu makan lempeng biasa yg kosong tuh. Biasanya lempeng nih dimakan dengan gula kelapa ataupun sambal tumis, kadangkala dengan gula pasir tu jer....Makan panas2 memang terbaikkkk.... Cara nak buat pun senang. Kalo ada sapa2 nak cuba buat tapi tak tau..... boleh cuba resepi mudah kat bawah nih........
LEMPENG KELAPA
Bahan
3/4 cawan kelapa parut
2 cawan tpg gandum - ayak
1/4 sdt garam
1 - 2 cawan air (bergantung nak pekat atau cair)
Cara
1. Gaul sebati kelapa parut, tpg dan garam.Masukkan air sedikit demi sedikit mengikut kepekatan yg dikehendaki.
2. Panaskan kuali letak sikit minyak atau oleskan sikit dengan majerin (Uda guna kuali non stick)
3. Sendukkan sedikit adunan ke dalam kuali dan ratakan. Balik2kan lempeng hingga garing, kemudian angkat.Sedap makan panas2 dengan sambal tumis. Uda dapat 3 lempeng kelapa untuk adunan nih dengan menggunakan kuali non stick size 22cm.
No comments:
Post a Comment