Tuesday, 28 January 2014

KERABU MANGGA RINGKAS

Assalamualaikum kekawan.....

Sekejap je kan dah nak penghujung bulan Januari 2014. Rasa baru lagi sambut tahun baru, tup2 dah nak abis bulan Januari. Aduhai cepat betul masa berlalu meninggalkan kita.

Malas nak tulis pepanjang terus ke resepi senang dan mudah dibawah ini. Sebelum ni uda ada buat satu lagi jenis kerabu mangga nanti le uda kongsi resepi yang lagi satu yer......




KERABU MANGGA RINGKAS

Bahan

1 biji mangga muda (uda guna asam epal)
3 biji cili padi kampung(pedas ikut citarasa ye)
1 1/2 sdt gula pasir
1/2  sdt garam halus
1 biji bawang merah
1 sdt jus lemon

Cara
Bersihkan mangga dan hriris nipis2 memanjang.
Hiris halus cili padi dan bawang merah, campurkan dalam hirisan mangga
Gaul sebati dengan bahan yang lain
Sedia untuk dihidangkan.....Sedap makan ngan nasi panas berserta ikan goreng.....

Thursday, 9 January 2014

PUDING ROTI BUTTERSCOTCH COKLAT

Assalamualaikum semua....
Salam siaran di alam maya yer kekawan. Masak apa ari nih untuk dijamu pada keluarga tersayang.
Tentunya masak yang enak dan berkhasiat kan.....Uda masak biasa2 jer untuk makan kat umah nie ari nih iaitu sambal udang, ikan tenggiri masak kicap dan sayur campur. Oleh kerana masak tuh biasa2 jer jadi tak de rsepi untuk menu tuh tau kekaawan. Ari nih uda nak kongsi resepi yang sedap nih dengan korang semua. Idea nie timbul sebab nak menghabiskan roti gardenia butterscotch yang nak lupus tarikh. Kalo tak de roti tuh roti putih biasa pun boleh jer. Disebabkan cuaca agak panas dua tiga ari nih maka tercipta le resepi puding nih..
Kalo nak cuba, try, test boleh ler salin resepi seperti kat bawah.



PUDING ROTI BUTTERSCOTCH COKLAT
Bahan
10g agar2 tali
125gm gula pasir
4 keping roti butterscotch
900ml air
200ml susu ducth lady perisa coklat
100ml susu cair
100gm coklat masakan
½ cawan air (untuk campur dengan coklat)
Secubit garam
1 sudu besar tepung kastard cairkan bersama 100ml air

Cara
Rendam sekejap agar2 tali supaya kembang kemudian cuci dan toskan
Carik kecil2 roti, rendam bersama susu kemudian blender hingga lumat
Cairkan coklat masakan secara double boiler, bila dah cair tambah dengan ½ cawan air, kacau sebati kemudian ketepikan seketika
Masak agar2 bersama 700 ml air hingga hancur
Masukkan gula dan garam biarkan  larut. Kacau sekali sekala supaya agar2 tak berketul-ketul
Masukkan coklat yg telah dicairkan, kemudian masukkan bahan2 yg telah diblender
Bersihkan blender dengan lebihan air 200ml tadi kemudian masukkan dalam periuk agar2.
Kacau sebati dan tambah bancuhan tepung kastard. Bila dan sebati angkat dan tuang dalam acuan pilihan. Sejukkan kemudian simpan dalam peti ais. Potong dan hidangkan.
 Sedap makan ketika cuaca panas2 macam sekarang nih.

Sunday, 5 January 2014

LEMPENG KELAPA DI TAHUN BARU

Assalamualaikum wbr.....

Apa kabar semua?. Hai la kejap je kan dah berganti tahun baru 2014. Rasa macam baru  je tahun 2013 menjelang, pejam celik dah berganti tahun 2014. Apa azam kekawan di tahun baru?. Moga azam korang dah tertunai la ye untuk tahun lepas.
Azam uda??????? ntah le tak terfikir pun sebabnya takut tak tertunai....Apa yang pasti hari2 uda berdoa moga hari-hari yang dilalui sentiasa dalam rahmat dan hidayah NYA

Ok la ari ni nak kongsi dengan kekawan makan lempeng kelapa, tapi korang nengok gambo je la ye...lempeng tu dah abis pun dimakan....Dulu masa kecik2 mak selalu masakkkan lempeng kelapa nih kalo dah jemu makan lempeng biasa yg kosong tuh. Biasanya lempeng nih dimakan dengan gula kelapa ataupun sambal tumis, kadangkala dengan gula pasir tu jer....Makan panas2 memang  terbaikkkk.... Cara nak buat pun senang. Kalo ada sapa2 nak cuba buat tapi tak tau..... boleh cuba resepi mudah kat bawah nih........






LEMPENG KELAPA

Bahan

3/4 cawan kelapa parut
2 cawan tpg gandum - ayak
1/4 sdt garam
1 - 2 cawan air (bergantung nak pekat atau cair)

Cara

1. Gaul sebati kelapa parut, tpg dan garam.Masukkan air sedikit demi sedikit mengikut kepekatan yg dikehendaki. 
2. Panaskan kuali letak sikit minyak atau oleskan sikit dengan majerin (Uda guna kuali non stick) 
3. Sendukkan sedikit  adunan ke dalam kuali dan ratakan. Balik2kan lempeng hingga garing, kemudian angkat.

Sedap makan panas2 dengan sambal tumis. Uda dapat 3 lempeng kelapa untuk adunan nih dengan menggunakan kuali non stick size 22cm.