Tuesday 23 October 2012

KOLEKSI NOVEL















Kalau boring dan tension pasal keja, nilah penawarnya. Ni antara sebahagian koleksi buku2 kesayangan uda. Banyak tak?...... Banyak boleh dipelajari jika rajin membaca, Buku2 ni juga banyak info di dalamnya yg boleh dijadikan panduan dan pengajaran bukan sekadar cerita2 fantasi aje ye kekawan.......
Sebenarnya banyak lagi tapi biasa le ada yg hilang bila ada yg meminjamnya, ada kat kg.....
Tu le sekarang ni.... tak kuasa nak bagi pinjam kat org, nak baca beli sendiri.....

Saturday 20 October 2012

Nasi ayam & the geng

Salam semua....

Ni ada lagi uda nak kongsi apa yg uda masak.
Sebenarnya nasi ayam ni uda masak 2 hari berturut2, hari Jumaat ngan Sabtu.
Qameer ngan Myra suka sangat nasi ayam, jadi uda gagahkan lediri ini mencubanya buat sendiri.
Selalunya beli je kat kedai....jadi apa salah ucba buat sendiri pulak kan....

Resepi asal uda amik dari Amie's little kitchen dan Amie pulak amik kat blog Wana,  tapi uda buat dengan cara uda, sebabnya uda tak kukus macam Amie buat tuh...., masak cam biasa je...

Nasi Ayam
bahan:
5 cawan beras (Uda guna cawan periuk nasi elektrik dan beras wangi)
5 cawan air rebusan sup ayam (1 cawan/300ml)
i inci halia ketuk
3 biji bawang putih ketuk
1 helai daun pandan - siat2 dan simpulkan
1 btg kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum cengkih
3 sudu makan planta majerin
1 kiub ayam maggi
1 sudu kecil garam (sudu kfc)

Cara:
Basuh beras dalam periuk elektrik, toskan airnya
panaskan majerin dalam kuali
Tumis bawang putih, halia, daun pandan dah 4 sekawan hingga wangi
Masukkan kiub ayam maggi
dah sebati tuang dalam periuk yg ada beras
Tambah dengan 5 cawan air rebusan ayam yg mendidih
Masukkan garam
Masak macam biasa. kacau sekali sekali biar sebati.

Bahan sup

Tulang2 ayam, kaki, leher sedikit isi ayam potong kecil2 bersihkan
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
(Tumbuk lumat 3 bahan nih)
Rempah 4 sekawan secukupnya (Kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih & buah pelaga)
1 rempah sup bunjut (Uda guna Mak Siti)
Garam
Minyak utk menumis
1 biji kentang (Uda tambah)
daun sup utk tabur

Cara:
Panaskan minyak
Tumis bahan tumbuk dan masukkan 4 sekawan rempah
Tumis hingga wangi kemudian masukkan ayam, air, kentang dan sup bunjut
-Uda letak air agak banyak sebab dari sup ni uda buat masak nasi
Bila air dah ambil buat masak nasi tambah air lagi dan letak garam
masak hingga ayam dan kentang empuk, sesuaikan rasa kemudian tutup api dan maukkan daun sup



Ni ayam masak merah request dari Qameer.  Favorited dia dan anak2 saudara uda yg lain kecuali Myra
Ikut resepi sebelum nih.... tapi uda tambah daun limau perut dan daun sup biar tambah baunya.... (Sebenarnya nak menghabiskan bendalah tu...he...he...he...)


 

Uda tak buat sambal merah tuh sebab dia org tak suka, jadiknya uda tukar dengan sambal kicap
Bahan :
5 biji cili padi (Nak pedas tambah)
1 biji bawang putih goreng dlm minyak panas seketika
Kicap manis
(Kalo nak rasa masam2 boleh tambah perahan air limau nipis/kasturi) - tapi uda tak letak

Cara:
Tumbuk cili dan bwang putih hingga lumat
Tambah kicap

Untuk tahu
3 keping tahu potong 3 melintang
gaul dengan bahan perapan & tabur sikit tpg beras masa nak goreng
Goreng hingga garing

Untuk tempe
4 kpg tempe (Uda guna tempe yg dibungkus dgn daun sebab rasanya lebih sedap)
Potong nipis kemudian perap dengan bahan perapan

& tabur sikit tpg beras masa nak goreng
Goreng hingga garing


Cara nak buat bahan perap untuk ayam, tempe, tahu dan seredak/kremes
Uda dah ada serbukk ketumbar, jintan manis & jintan putih, jadi uda guna yg ni ajelah
kalo tak de boleh buat sendiri

Bahan:
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 batang serai
(Ni masak kat umah sendiri kalo kat umah mak x letak sbb mak x makan kalo letak serai)
1 sudu teh serbuk kari
1 sudu teh serbuk kunyit
2 biji bawang besar (Uda guna yg sederhana)
4 biji bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam (Uda guna kiub ayam maggi)

Cara:
Kisar atau tumbuk semua bahan
Letak kat mangkuk kemudian campur garam
 Ayam goreng rempah
Bahan:
1 ekor ayam potong 12 bersihkan
Cara:
perap dengan bahan perapan selama beberapa jam dlm peti sejuk
Bila nak goreng tabur dengan sedikit tpg beras
Goreng dlm minyak panas yg banyak
Bahan serdak/kremes
1 biji telur ayam
Sedikit air (Agak2)
2 sudu tpg beras
Sedikit rempah perapan ayam
Sedikit garam

Cara:
kacau sebati semua bahan, jgn pekat sangat, kalo agak pekat blh tambah air
Panaskan minyak yg banyak dlm kuali
- cara uda bila minyak panas tuang semua menggunakan sebelah tgn dan tangan 1 lagi cepat2 kacau supaya serdak jadi halus.
Goreng hingga kuning dan garing
Angkat menggunakan tos
- cara uda tuang dlm tos yg dilapik periuk untuk sejatkan minyak

Ulam-ulaman
Timun, salad, tomato dan kacang botol

Sedia untuk dihidangkan......

Qameer kata sedap sangat...........Kiranya menjadik le kan......percubaan uda ni. Lain kali boleh buat lagi bila berkumpul ramai2. tak yah beli, puashati boleh mengulang makan dan yg pasti kebersihan terjamin.......
Kalo kat kg malas nak buat sebab abah uda tak makan ayam injet2 nih..
nanti uda nak cuba buat nasi daging pulak dengan resepi nih.....tukar je ayam ngan daging. kalo yg ni abah tentu makan le tapi dengan syarat guan beras biasa sebab abah uda ni tak suka beras wangi, tak kenyang katanya......

Friday 19 October 2012

Macaroni Goreng

Assalamaualaikum semua.

apa khabar? harap2 semua sihat ye. Dah beberapa hari tak interframe sebab dok melayan gigi ku yg sakit. Sebelum tu pegi tampal gigi geraham atas, selang 3 ke 4 hari sakit le pulak, dah tak tahan tu pegi le balik kat klinik yg uda pegi tuh...bila doktor tengok rupa2nya dah kena kat akarnya, nak cabut sayang le pulak sebab elok lagi jadinya...... woa....... kena le buat rawatan root canal atau dlm bahasa kite matikan akar geraham tuh..... Nak jadikan cerita bila doktor kata geraham mesti ada 3 akar utama tapi bila x-ray tuh hanya nampak 1 je akar geraham tuh... yg 2 lagi entah mana menyoroknya, dah alang2 buat teruskan juga le, ni sekarang kena tunggu lagi 2 minggu untuk proses rawatan seterusnya, tapi gigi tak sakit le lagi tapi ada rasa sengal jugak kadangkala. Sabo aje le kan, nak buat cam ner......

Tu pasal gigi, sekarang nih.... nak interframe uda masak macaroni goreng. Ala masak yg simplle2 je, sonang jo....tapi sedap. Kalo nak cuba apa salahnya kan....kan....kan....Ni uda kongsi resepinya.



 Macaroni Goreng
Bahan :
250gm macaroni rebus hingga kembang/masak
 (uda campur 1/2 sudu planta dalam air rebusan)
1 sudu makan cili giling
(Nak pedas boleh tambah)
4 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos tiram
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (Sederhana)
1/2 inci halia
1 cawan daging cincang (Basuh, toskan airnya)
- Kalo tak de boleh ganti denga isi ayam
1/2 batang lobak merah potong memanjang
1 ikat sawi cuci bersih dan potong2
1 peket bebola ikan belah 2 basuh dan goreng seketika
1/2 kiub pati ayam (Uda guna kiub ayam maggi)
sedikit garam halus
- Kalo rasa nak letak seafood, cam udang ke sotong ke....boleh je.....

Cara :
Toskan macaroni yg telah direbus
Tumbuk/blender lumat halia, bawang putih dan bawang merah
Panaskan sedikit minyak
Tumis bahan kisar, masukkan cili kacau2 hingga garing
Masukkan daging dan lobak merah
Masukkan sos tiram dan sos tomato serta kiub ayam
Biarkan daging masak seketika lalu masukkan batang sawi
Bila batang sawi agak layu masukkan macaroni, daun sawi dan bebola ikan
kacau sebati dan masukkan sedikit garam
rasa kalo tak masin tambah garam

Padam api........
Sedia untuk dihidang. Kalo rajin boleh tabur dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
kalo rajin lah ya, tapi uda ni malas sebabnya dia org tak suka kalau ada bena2 cam tuh.....


Monday 15 October 2012

Tart Gulung Nenas


Salam satu Malaysia rakan2 sekelian.

Hari Sabtu lepas 13/10/12 sempat le uda membuat tart gulung nenas.
Kat sini cuaca tak berapa elok jadi malas nak ke mana2.
Tak sempat nak pose Sabtu lepas, jadi uda share le hari ni.
Gula nenas tu dah lama uda buat so hari Sabtu tu uda menguli tepungnya aje le….

Jom intai-intai resepinya

Resepi asalnya uda amik dari Chef Azli Razali dan ditokoh tambah sikit.
Sori ye Chef sebab  menderhaka resepi ni dan minta kebenaran
kongsikan kat sini. Uda lebihkan mentega sebab adunan agak keras kemungkinan timbang uda tak betul kot masa timbang tpg tu.....ataupun sebab uda tak guna tpg cap sauh 


Bahan :
500gm tpg gandum
260gm mentega (Chef Azli guna 240gm)
1 sudu besar minyak sapi (uda tambah)
11/2 sudu makan tpg kastard
1 biji kuning telur rebus
1 sudu makan tpg jagung
1/3 cawan air dari peti ais (uda tambah) uda guna cawan sukatan metrik

Bahan sapuan
1 biji kuning telur campur sedikit putih telur yg diasing
Kacau sebati

Cara:
Lenyek kuning telur sampai hancur
Ramas kuning telur dengan tepung hingga sekata
Kemudian ramas pula mentega dan minyak sapi
hingga menjadi doh yg lembut
Kalau tpg masih  berderai campurkan air sedikit-sedikit
hingga menjadi doh yg lembut
Gunakan acaun tart gulung untuk membentuk doh
Letakkan inti tart yg telah dibulat2kan mengikut saiz tart yg dikehendaki
Gulung kulit tart dan susun dlm dulang
Sapukan dengan bahan sapun dan bakar selama 20-25 minit
dengan kepanasan 170 darjah celcius atau mengikut kepanasan oven masing2.

Cara membuat inti/Cara uda
1 biji nenas masak,  parut atau mesin (uda parut)
Tapis airnya supaya tidak terlalu berair
2 cawan gula pasir
Sedikit garam
Campurkan semua bahan dan dan masak hingga pekat
Sejukkan sebelum guna

Chef Azli ada letak kulit kayu manis kat dalam inti tart tapi uda tak letak sebab tak suka bau dia
Sebenarnya kalo ada resepi kuih yg ada letak rempah2 ni, uda tak masukkan kedalam resepi yg uda buat sebab semua keluarga uda tak suka,,,,,,,,
Selamat mencuba ye kekawan sebab tau.......tart nilembut jek.......

Puding Koktail Strawbery


Resepi puding ke 2 pulak ye kekawan yg uda buat
sama masa dengan buat puding kramel oren tuh…..


Bahan :
1/2 agar2 strip yg besar (yg rega RM3.00)
3 cawan air (900 ml)
2 sudu besar tpg kastard bancuh dengan 1 cawan air (300 ml)
4 sudu besar gula (kalo nak manis tambah)
1 sudu besar pes strawberry (uda guna nona)
1 cawan santan pekat segar (300ml)
- kalo tak de boleh je guna santan kotak
1/2 cawan susu cair (150ml)
Sedikit pewarna merah
Sedikit garam (secubit)

Cara :
Masak agar2 bersama 3 cawan air dan gula serta garam
Masak hingga larut kemudian masukkan pes strawbery
Kacau sebati kemudian masukkan santan dan susu cair
Masukkan bancuhan tepung kastard
Masukkan pewarna merah kerana kalo tak nampak macam kekuningan sebab tpg kastard
Kacau sebati hingga agak pekat
Padamkan api kemudian tuang kedalam acuan
Sejukkan kemudian masukkan dalam peti ais

Boleh dimakan dengan koktail buah2an.
Uda buat sendiri je koktail buah2an ni

Cara buat koktail buah2an

3 senduk kecil gula pasir (senduk sayur)
2 cawan air (600ml)
Secubit garam
1 biji epal hijau buang kulit potong dadu
1 biji buah lai buang kulit potong dadu
2 nenas gelang dlm tin potong kecil
5 biji ceri hijau potong 4

Masukkan semua bahan ke dalam periuk masak dengan api kecil hingga mendidih
Sejukkan dan masukkan dalam peti ais
Tuang dekat puding bila nak makan

Selamat berpuding ya kekawan……

PUDING KRAMEL OREN


ASSALAMUALAIKUM.

 TAK TAU LE KENAPA ENTRI POST ARI ISNIN TU DIA KELUAR TARIKH PADA ARI AHAD. KENPA YA?

Alahai puding lagi ke?.
Sebenarnya puding ni uda buat untuk jamuan dekat pejabat kakak uda.
Katanya hendak meraikan majlis perpisahan staff yg nak berhenti kerja.
Sebenarnya asas buat puding ni sama je, cuma kita boleh pelbagaikan citarasanya kan.
Ni uda nak kongsi resepi puding kramel oren. Baunya alahai……sungguh segar sebab ada bau oren, rasanya…….kalo nak tau sedap ke tak boleh le mencubanya.



Bahan :
1 ½ sudu besar serbuk agar2
3 cawan air (1200 ml)
2 sudu besar tpg kastard bancuh dengan 1 cawan air (300 ml)
3 sudu besar gula (kalo nak manis tambah)
1 sudu besar oren sanquick
½ cawan jus oren kisar
-        cara ambil sebiji oren basuh bersih, buang putih kat tgh dan potong kecil2
blender ngan ½ cawan air
(tapis kalo tak nak masuk hampas dia) –Uda masukkan sebab masa makan terasa dia punya serat
1 cawan susu cair (300 ml)/
(bole je guna susu segar)
Sedikit garam (secubit)

Kramel
Cara : panaskan 2 senduk (guna senduk nasi) gula sampai perang
Bila dah kekuningan letak sdikit air lalu tuang ke acauan dikehendaki
Ketepikan

Cara masak puding :
Masak serbuk agar2 bersama 3 cawan air dan gula serta garam
Masak hingga larut kemudian masukkan jus oren dan sanquick
Masukkan susu biar mendidih seketika lalu masukkan bancuhan tepung kastard
Kacau sebati hingga agak pekat
Padamkan api kemudian tuang kedalam acuan yg ada gula perang
Sejukkan kemudian masukkan dalam peti ais
Bila dah sejuk telangkupkan acaun ke dalam bekas yg dikehendaki

Sedia untuk dihidang dan nyam…nyam…..nyam….apa lagi makanla……..

Sunday 14 October 2012

Ayam masak merah

Assalamualaikum

Apa kabo semua. Salam pagi isnin. Ada dikalangan kita ni kalo ari isnin memang malas nak keja kan, maklumlah dah cuti 2 hari. Apa2 pun kerja tetap kerja ya kekawan, jangan malas2 sebab kalo tak keja boleh miss soru kita.

Oklah ari ni uda nak kongsi resepi ayam masak merah dengan korang semua. Uda tau ramai yg reti masak merah nikan, tapi lain orang lain caranya kan....

Sebenarnya ari ni kakak uda ada meeting ngan staf2 dia, tu yg suruh masakkan nasi lemak pagi ni, sebenarnya anak dia yg request nak ayam masak merah ni tu yg uda buatkan.
Ayam masak merah uda ni guna gula kelapa atau pn gula kabung ya kekawan, tu yg lain sikit tu. dah tu pulak tambah ngan sikit jintan manis, ni semua resepi asal dari mak uda, tapi mak uda tak guna serai sebab dia tak tahan kalo makan ada serai ni boleh buat dia semput katanya.....
Mari2....... kongsi nengok gambo ya kekawan, nak kongsi makanan ni tak cukup le pulak he....he...he.....




Ala nasi lemak ngam sambal tumis tu tentu korang biasa masak kan...kan....kan.... jadi tak yah le resepinya ya.....

AYAM MASAK MERAH

Bahan:
1 1/2 ekor ayam (lebih kurang 20 ketul)
1 senduk cili giling (senduk gulai yg kecil)
kalo nak pedas tambah cili ya
1 senduk sos tomato
1 senduk sos cili
2 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai diketuk (uda tambah)
1/2 gula kelapa atau gula kabung
(masak dengan 1 cawan air kemudian tapis)
 - uda tak terus masukkan gula ni sebab selalunya ada sampah kat gula tu
1 kiub stok ayam knoor/maggi
1 asam keping
1 sudu  jintan manis di tumbuk
garam

 Bahan tumis:
1 batanh kulit kayu manis (sederhana)
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
3 biji buuah pelaga

Cara:

Bersihkan ayam kemudian perap dengan kunyit dan garam
Goreng sedikit garing
Tumbuk/blender lumat bawang merah, halia dan bawang putih
Panaskan 2 senduk kecil minyak
Tumis bahan tumbuk hingga naik bau kemudian masukkan rempah tumis dan serai
Bila agak garing masukkan cili giling dan serbuk jintan manis
Masak lagi hingga cili masak dan garing masukkan air gula merah
Masukkan asam keping, kiub ayam, sos tomato dan sos cili
Kalo kurang kuah boleh tambah 1 cawan air
Masukkan ayam dan garam
Gaul sebati dan rasa kalo tak masin boleh tambah garam

Selamat mencuba ya kekawan......

Saturday 13 October 2012

Jemput-jemput bilis

Salam hujung minggu semua.
Ari ni hari sabtu tentu ramai yang bercuti kan... Uda pun sabtu ni tak kerja, jadi banyak le masa nak lakukan berbagai akviti....kononnya le.....hi...hi...hi.....

Sarapan apa kekawan pagi ni. Ala uda buat sarapan ringkas aje ari ni...Sebenarnya jemput-jemput bilis ni kegemaran keluarga uda. Kalo dah berkumpul ramai-ramai tu dan dah jemu asyik makan beehoon goreng le, kuewteow le atau pun nasi lemak, ha..... ni le yang dimasak untuk sarapan. Masak je sebesen jejemput bilis dengan sekuali sambal tumis, kejap aje langsainya. bebudak pun suka....... Budak-budak kat umah kitaorang ni tak suka kuih lembik-lembik macam talam ke atau kuih yg manis-manis, kalo buat pun org tua2 je yg makan, tu yg agak malas sikit tu nak buat segala bagai kuih nih....

Kalo korang nak tau jejemput yang uda buat ni tersangat le lembut dan ranggup. Nak tau rahsianya..... tapi uda rasa ada juga yg dah tau kot... Serius cakap jejemput ni walaupun dah sejuk tapi tetap lembut jek.....
Jom-jom uda bagitau cara membuatnya.......

Bahan:
500gm/1/2 kilo tepung gandum (Ayak)
1 cawan ikan bilis putih (Basuh bersih)
(Kalo tak ada ikan bilis biasa pn boleh, siat kecil-kecil atau tumbuk kasar)
1 biji bawang besar potong dadu
1 sudu teh garam 

Cara:
Masak air panas hingga mendidih
Semua baha kacau sebati dalam mangkuk besar
Bila air masak terus tuang dalam bancuhan tepung
(hati-hati tau sebab panas)
Bancuhan tepung jangan terlalu lembik nanti serap minyak bila digoreng
Aga-agak aje bancuhannya asalkan sebati
Biarkan seketika kerana panas
Panaskan minyak
Kemudian boleh le di cuil menggunakan hujung jari atau menggunakan 2 sudu
dan masak dalam minyak yang betul-betul panas.

Boleh lah dihidangkan bersama sambal tumis
kalo tak ada sos cili pun bole aja.......

Macamana senang tak.......Kalo senang boleh le kekawan mecubanya ya...
sebenarnya kalo nak lagi sedap boleh je tambah daun bawang ke, daun sup ke....macam2 lagilah mengikut kreativiti korang semua

KARI IKAN

Assalamualaikum semua.

Moga sihat dan ceria selalu hendaknya.

Ari ni uda nak kongsi ikan merah masak kari tau. Sebenarnya uda masak kari ni ari jumaat tapt bila nak post line internet tak de, mungkin disebabkan hujan lebat semalam agaknya.
So ari ni uda kongsikan resepinya ya. Uda masak ni tak pedas sangat tau sebabnya Myra tak makan pedas tapi dia tersangat le suka kalo lauk bersantan-santan ni. Kalo kekawan nak agak pedas boleh tambah sedikit cili giling tapi ada juga rempah kari yang dah pedas macam babas tu....

Bahan2:

1 ekor ikan merah sederhana potong dan bersihkan
10 biji kacang bendi
1 biji kentang potong 4
1/2 batang lobak merah potong dadu
5 tangkai daun kari
1 peket rempah kari ikan (uda guna rempah kari mak siti)
1 biji bawang besr
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 keping asam gelugur
santan kelapa segar  (uda guna santan RM1.00/plastik)
1 biji buah tomato
garam

Bahan tumis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang kecil kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih

Cara2:
Tumbuk/kisar  lumat bawang putih, halia dan bawang besar
Panaskan sesenduk minyak
tumis bahan kisar hingga naik bau
Masukkan bahan tumis dan 2 tangkai daun kari
(Abah uda ajar jangan masukkan bahan tumis dulu nanti cepat hangus. Abah uda ni sebenarnya tukang masak kenduri kendara orang khawin)
Rempah kari bancuh dengan sedikit air
Bila bahan tumis agak garing dan naik bau masukkan rempah kari kacau hingga agak garing
masukkan kentang dan 2 cawan air
Biar kentang agak empuk masukkan lobak merah, jika kurang air tambah 1 cawan lagi
Bila kuah mendidih boleh masukkan ikan diikuti dengan kacang bendi
Masukkan santan dan kacau perlahan supaya santan tak pecah
kalo kuah agak pekat boleh tambah 1/2 cawan air
Masukkan garam dan asam gelugur dan baki daun kari, biar mendidih
Rasa kalo tak masin tambah garam
Bila ikan dah masak padam api dan masukkan tomato yg dipotong 4

Ha...... dah siap boleh lah dihidangkan.
Ni uda nak kongsi macamana kalo takut kentang lambat empuk. Kita boleh rebus kentang dulu dekat periuk berasingan, pas tu boleh le dicampur dalam kari tu.
Lagi satu kalo guna rempah kari yang pedas boleh la letak sikit gula masa menumis rempah kari tu...

Selamat mencuba ya kawan2 menu yang ringkas ni. Kalo kita dah masak gulai ni kita tak payah le sesusah nak masuk sayur lain sebab dah ada segala sayur dalm tuh.....

Wednesday 10 October 2012

Puding Laici

Assalamualaikum.

Apa kabar semua. Harap sihat-sihat semuanya.
Petang semalam balik kerja sempat le buat puding laici. Dah malam tu sejukkan dalam peti dan dibawa ke pejabat  ari ni. Uda gunakan sikit tepung hoe kwee ntuk pekatkan puding ni. Kalo tak de guna tpg kastard pn bole, tapi sebab uda nakkan nampak warna putih biar nampak macam suci gitu jadi letak le tepung hoe kwee.

Jom kongsi cara membuatnya.



Bahan:
2 sudu besar agar2 serbuk
1 cawan jus laici (uda guna jalen)
3 cawan air
1 sudu besar gula 
sedikit garam
200 liter santan (tambah air jadikan 2 cawan)- uda guna santan kotak kara
1 sudu besar tepung hoe kwee
(kalo tak ada boleh je guna tepung kastard tapi warna dia kuning le sikit)

Cara:
Masak serbuk agar2 dengan air dan jus laici hingga larut
masukkan gula dan garam
masukkan santan biar sedikit mendidih
pas tu masukkan tepung hoe kwee/kastard yg dibancuh denga 1/4 cawan air
biar mendidih dan sedikit pekat
padam api dan tuang ke acuan digemari
sejukkan kemudian masukkan dalam peti ais

Boleh dimakan bersama koktail laici
Tapi disebabkan kat umah tak de laici dalam tin tu
jadi uda ganti dengan koktail nenas kiub. ok jugak rasanya



Monday 8 October 2012

Akhirnya

Salam semua.

Aduh.... dah lama nak siapkan baju ni tapi mood menjahit manik merundum seketika. Tapi akhirnya dapat jugak uda siapkan. Nak tengok....nak tengok......... jom layan..........gambar ni.......

Baju ni sebenarnya adik uda yg punya. Dah lama dia suruh jahitkan batu-batu kristal yg dibeli kat Korea masa dia sambung belajar. Kat gambar ni tak le berkilau sebab amatur le katakan yg mengambil gambonya tapi kalau tengok kat baju memang berkilau-kilau nak-nak bila malam lip lap lip lap you....berpadan le dengan harga sebutir kristal tu..... Uda tambah dengan glass bead sebab kalau semua letak kristal woooo mahal tu.......

Ada lagi gambo-gambo uda jahit manik untuk dipakai masa hari raya ari tu......tapi baju uda tak de berjahit-jahit manik bagai ni.... sebabnya tak sempat...sob...sob...sob... sedihnya..... Jom...jom tengok ini gambo...








Gambo yg last tu uda jahit renda dengan manik kat tudung. Banyak lagi sebenarnya gambo2 yg uda dah jahit manik kat baju-baju. Ada baju yg orang tempah, ada tu baju2 kaum keluarga uda. nanti uda sharekan gambonya ya......

Sunday 7 October 2012

Puding nenas

 Ni ada lagi satu resepi yang uda buat pada petang minggu. Memang sedap makan bila cuaca panas macam ari ni. Sebenarnya uda ada buat inti nenas untuk tart,  air tapisan nenas tu sayang nak buang jadi uda manafaatkan le menjadi puding.

bahan:
10gm agar2 serbuk
6 cawan air (campuran air nenas)
11/2 sudu besar gula
1/2 cawan santan
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair (uda guna full cream ducth lady)
sedikit garam
1 sudu tepung kastad campur 1/2 cawan air

cara:
masak serbuk agar2 bersama air dan gula hingga mendidih
masukkan susu pekat, susu cair dan santan
masak hingga mendidih kemudian masukkan bancuhan tepung kastad
kacau sebati hingga agak pekat
padamkan api kemudian masukkan dalam acuan
sejukkan kemudian boleh dimasukkan dalam peti ais

kuah:
1 tin nanas kiub
1 tin air
3-4 sudu besar gula
sedikit warna merah

cara:
masak semua hingga mendidih
kemudian sejukkan dalam peti ais

campurkan kuah bersama puding ketika dihidangkan
sedap dimakan bila dah disejukkan dalam peti ais

selamat mencuba.......

Tomyam siakap

Assalamualaikum...

Salam hujung minggu semua.

Malas la nak berceloteh hari ni. Jom intai apa yang ada kat dapur uda.

Ari ni uda nak kongsi resepi  tomyam siakap dengan korang semua. Selalunya kalau kita masak tomyam, kiat masak campuran seafoood, ayam dan sayur-sayuran, tapi hari ni kita ubah selera dengan menggunakan ikan. Sedap tau bila dah siap dimasak. Jom tengok gambarnya
Jom intai resepinya

Bahan :
1 ekor ikan siakap cuci bersih
1/2 bawang holland
2 sudu besar pes tomyam (uda guna thai tom yam)
1 batang serai
1 inci lengkuas
5 helai daun limau purut
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 bawang merah besar
3 mug air
Cara :
Ikan disapu kunyit dan garam kemudian goreng , toskan
bawang putih, bawang merah, halia dan sedikit lengkuas ditumbuk lumat
panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang ditumbuk
tumis hingga naik bau kemudian masukkan pes tomyam
Masukkan serai yang diketuk, lengkuas diketuk dan hirisan bawang holland
jika nak pedas tambah hirisan cili padi (Uda tak letak sebab ada yg tak makan pedas)
kalau nak lagi masam masukkan perahan jus limau nipis
masukkan air, biar hingga mendidih
bila kuah telah mendidih masukkan ikan dan daun limau purut
balik-balikkan ikan supaya kuah meresap kedalam ikan
rasa kalau kurang masin boleh tambah garam
padam api bila kuah agak pekat
boleh ditambah dengan hirisan tomato bila dihidangkan

Senangkan masak tomyam siakap ni, kalau nak tau sedap ke tidak bolehlah mencubanya.


Wednesday 3 October 2012

kek oren

Lagi satu  yang dimasak ari ni adalah kek oren. Senang je nak buat tak payah guna mixer, guna blender je. Uda amik resepi kat my kitchen resepi. kek ni manis sikit la, tu pun uda dah kurangkan sukatan gulanya. Lain kai kalo buat lagi gula tu nak kena kurangkan lagi le gamaknya, tak suka le manis-manis sangat ni... nanti tak pasal-pasal datang penyakit. Tapi korang kek ni sedap tau, gebu je....bila dah masak, pas tu bau dia harum je sebab bau oren sunkist tu....

Ni uda kongsikan gambonya, nak kongsi kuih takut tak cukup le pulak......hi...hi..hi....

serunding kelapa

Salam semua.

Aduh hari ni penat betul. 2 kali kena gi maybank, pepagi pegi nak settle bayar duit sewa pejabat, pinjaman rumah kedai syarikat, tumpang sekali bayar loan rumah. Pas tu balik pejabat settlekan sebutharga nak tutup esok. selesai wat sebutharga kemaskini akaun syarikat. Tup-tup tengahari posmen bagi surat, bila bukak je ada satu cek tak dapat ditunaikan kat syarikat induk sebab signature bos tak betul, amount tu besar le jugak. Gelabah sekejap sebab dah isue cek kat supplier takut je duit tak cukup, terpaksalah gi balik kat maybank nak ganti cek baru. Kalo nak cerita macam-macam hal ada kat tempat uda keja tu......Tapi nak cari rezeki kena sabo bebanyak le......

Ah.....habis cerita pasal keja, ari ni nak kongsi apa yang uda masak untuk ari ni ye kekawan. Ari ni terajin le pulak nak buat serunding kelapa campur daging, sebab tengok kat peti ais ada lagi daging dengan kelapa parut. Apa lagi ini le hasilnya...... Sedap kalo makan dengan nasi panas-panas......

Tuesday 2 October 2012

coklat pisang cupcake

Salam satu malaysia semua..

Aduh dah lama tak update blog ni. Sibuk memanjang....... Ntah apa yang disibukkan pun tak tau le. Tapi tu le kan sekarang ni rasa cepat tul mas berlalu. Bangun je pepagi siap-siap nak gi keja, kat tempat keja pulak bila dah sibuk sangat, tau-tau dah pukul satu, kekadang tu nak makan pun tak sempat, nak-nak lagi bila ada tender yang masuk, tekejar-kejar le nak buat semua benda.

Tapi lupakan jap pasal keja ni bila dah balik umah. Uda ni senang je kalau nak hilangkan tension tentang keja. Balik umah tengok kat dapur apa yang ada untuk digodek buat benda untuk dimakan, kalau tak pun baca je novel-novel terbaru dipasaran, ha....... hilang le segala masalah kat temapt keja tu.....

Ari ni masa kat tempat keja tadi teringat ada pisang yang dah masak kat umah, terus teringat resepi coklat pisang cupcake. Balik je umah terus tengok bahan semua ada, apa lagi inilah hasilnya, tada...........

Sungguh lembut dan sedap... yummy.....yummy..............