Wednesday 12 September 2012


SAMUDERA KASIH 6

Pada hari kedua Mak Jah di hospital dia telah sedar dari pengsan. Nabila dan Nazril mengucap syukur yang tak terhingga pada Allah kerana ibu mereka telah sedar. Pada waktu melawat tengahari itu mereka telah dikunjungi Pak Akob, Mak Temah,mak Milah dan beberapa jiran mereka. Nabila merasa terharu dengan keadaan itu. Betapa dia merasakan masih ada orang yang  bersimpati dengan kesusahan keluarganya.
“Dah beritahu Nabil, Ila?,” Tanya Mak Milah.
“Belum Makcik. Kesian pulak nak bagitahu sebab Nabil tengah periksa sekarang ni, takut dia tak dapat jawab pulak bila tahu mak sakit.,” Terang Nabila.
“Razi bagitahu makcik pagi tadi, petang ni kawan-kawan dan cikgu Ila nak datang melawat,”Beritahu Mak Milah pada Nabila. Nabila cuma mengganguk kerana dia telah mengetahui dari Razi semalam.
Mak Jah menitiskan air mata bila melihat jiran-jirannya datang. Dia merasa begitu terharu dengan perhatian mereka.
“Dahlah Jah jangan menangis, rehat betul-betul. Jangan susahkan hati. Insyallah kami akan membantu apa-apa yang patut,” Pesan Mak Milah sebelum meninggalkan Mak Jah.
“Saya ucapkan terima kasih kerana sudi datang tengok saya dan menolong keluarga saya. Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan kamu semua,” Luah Mak Jah sayu.
“Hari ni hari kamu Jah, masa kami tak  tahu lagi. Dahlah tu tak usah diingat-ingat. Jaga kesihatan kamu,” Mak Temah pula memberi ingatan.  
Mak Jah memerhati dengan pandangan sayu pada jiran-jirannya yang melangkah meninggalkannya selepas waktu melawat. 
“Bila mak boleh keluar dari sini Ila?,” Soal Mak Jah merenung anak perempuan tunggalnya.
“Tak tahu lagi mak, mak kena banyak berehat,” Jawab Nabila perlahan.
“Mak risaukan kamu dan adik-adik kamu. Lepas ni tentu mak tak dapat buat kerja lagi. Macam manalah kamu nak sekolah,” Luah Mak Jah risau.
“Mak, jangan fikirkan sangat fasal tu. Ila dan Nabilkan dapat bisiswa, lagipun Ila boleh buat kuih dan masak nasi lemak sebelum pergi sekolah,” Usul Nabila.
“Kamu tu dah nak periksa Ila. Bila pulak nak baca buku.,”Risau hati Mak Jah mengenangkan Nabila.
“Mak tak usah bimbanglah. Insyallah Ila masih boleh bagi masa,” Terang Nabila. Mak Jah cukup terharu dengan pengorbanan anak sulungnya itu. Walaupun masih mentah tentang kehidupan tetapi Nabila cepat matang dari usianya. Selalunya remaja seperti Nabila akan menikmati kehidupan yang mengembirakan tetapi tidak dengan Nabila. Dalam usia yang baru menjangkau 17 tahun Nabila terpaksa menanggung kehidupan keluarga yang serba kekurangan.
Petang itu Mak Jah dikunjungi oleh wakil guru dan rakan-rakan sekolah Nabila dan Nazril. Masing-masing sibuk bertanyakan tentang kesihatan Mak Jah. Nabila sungguh terharu dengan perhatian teman-teman dan guru-gurunya. Terasa ada air mata yang mengalir dipipinya lantas dengan cepat dia mengesatnya. Perbuatannya disedari oleh Cikgu Ismadi lalu merapatinya.
“Sabarlah Nabila. Kami semua mendoakan ibu Ila cepat sembuh,” Pujuk Cikgu Ismadi lembut.
“Ya, Ila sabarlah. Aku akan cuba bantu kau apa yang aku mampu,” Ucap Mimi dan Amir sayu.
 “Terima kasih, selama ini pun kalian banyak membantu  Ila. Tak tahu nak balas macamana,” Terang Nabila jujur.
“Kami menolong bukannya nak balasan Ila. Kami ikhlas kerana kau salah seorang sahabat baik kami,” Kata Aida mewakili teman-temannya. Yang lain mengganguk setuju dengan apa yang dikatakan oleh Aida. Sementara yang lain berbual-bual dengan Mak Jah, Mimi membisikkan sesuatu pada Nabila.
“Ila, Abang Razi tak datang ke?,” Bisik Mimi yang tahu perhubungan istemewa antara Nabila dengan Razi.
‘Tak, hari ni dia ada latihan. Semalam dia dah datang,” Jawab Nabila berbisik juga takut didengar teman yang lain. Selain Mimi dan Amir tiada yang tahu perhubungan antara Nabila dengan Razi kerana Nabila  mahupun Razi, masing-masing pandai menyimpan rahsia perhubungan mereka dari diketahui oleh teman-teman sekolah mereka. Di sekolah mereka hanya bertegur sapa apabila menjalankan tugas atau bercakap yang perlu sahaja. Disebabkan itu ramai yang menyangka Nabila mempunyai hubungan  dengan Amir kerana mereka mesra, malah kumpulan mereka amat dikenali disekolahnya. Keadaan itu juga sering menimbulkan cemburu Razi tetapi Nabila pandai meneutralkan keadaan.
Pukul 5.00 petang teman-teman dan guru Nabila dan Nazril meminta diri. Nabila menghantar mereka hingga ke pintu. Sambil itu sempat Amir bertanya Nabila.
“Bila kau nak ke sekolah semula Ila?. Kami dah rindu sangat pada kau,” Tanya Amir seraya mengusik.
“Entahlah Am aku pun tak tahu. Tengoklah sehari dua ni,” Luah Nabila.
“Aku tahu perasaan kau Ila, tapi periksa dah dekat,” Kata Amir risau.
“Kalau kau risau, sebenarnya aku lagi risau,” Luah Nabila.
Lima hari Mak Jah di hospital, dia dibenarkan balik. Pak Mail dan Mak Milah datang menjemput Mak Jah walaupun dihalang oleh Nabila pada awalnya kerana tidak mahu menyusahkan mereka.
Petang itu Nabila dikunjungi oleh Cikgu Ismadi bersama rakan-rakannya. Nabila terkejut bercampur malu menerima kedatangan Cikgu Ismadi ke rumahnya. Setelah menjawab salam Nabila mempersilakan mereka naik kerumah.
“Macamana tahu mak Ila balik hari ni?,” Soalan pertama keluar dari mulut Nabila.
“Jumpa Nazril kat sekolah tadi. Dia yang bagitahu kat aku. Aku ajaklah Amir dan yang lain datang. Kebetulan Cikgu Ismadi pun nak ikut sebab nak sampaikan sumbangan pihak sekolah,” Terang Mimi.        
Mereka mendapatkan Mak Jah yang terbaring di antar ruang tamu dan dapur rumah Nabila.
“Macamana keadaan makcik sekarang,” Tanya Cikgu Ismadi simpati. Amir, Mimi, Aida dan Hanif hanya memerhati dan mendengar perbualan antara Cikgu Ismadi  dan Mak Jah dan sesekali mereka menyampuk perbualan tersebut. Aida dan Mimi memint diri ke dapur menjenguk Nabila.
“Ila apa yang kau buat ni, tak payah susah-susahlah. Kita orang datang nak tengok mak kau bukan nak menyusahkan kau,” Ujur Mimi bila dilihatnya Nabila sibuk mengoreng keropok.
“Tengok mak aku je, aku kau orang tak nak tengok ke?,” Balas Nabila berseloroh walaupun sebenarnya dia merasa terharu di atas kunjungan teman-teman baiknya dan juga Cikgu Ismadi.
“Yalah, nak tengok dua-dua sekali, rindu tau kat kau dah dekat seminggu tak datang sekolah,” Jawab Aida sambil mengisi keropok ke dalam pinggan.
“Mimi, kenapa kau bawa Cikgu Ismadi tu ke sini?. Malu aku,” Luah Nabila.
“Aku dengan group study memang nak datang rumah kau bila Aril kata kau dengan makcik dah balik. Kebetulan Cikgu Ismadi nak ikut, takkan aku tak bagi pulak,”Balas Mimi.
“Mimi, tolong bawa dulang air ni,” Ujur Nabila sambila menghulur dulang berisi cawan pada Mimi sementara Aida membawa teko berisi air dan Nabila membawa dulang berisi kuih dan keropok.
“Menyusahkan Ila aje,” Ucap Cikgu Ismadi dan Amir serentak.
“Tak adalah menyusahkan, jemputlah minum cikgu, Am, Han, Ida, Mimi,” Ajak Nabila sambil menghulur cawan berisi air pada tetamu-tetamunya.
“Nabil tak balik  ke Ila?,” Soal Amir tentang kembar Nabila.
“Mungkin petang ni dia sampai Am. Dia tengah periksa sekarang,” Terang Nabila.
Cikgu Ismadi yang tidak tahu menahu tentang kembar Nabila agak terpingga-pingga lalu bertanya pada Nabila, “Ila ada adik lain ke selain Nazril?,”.
Pertanyaan Cikgu Ismadi dijawab ibu Nabila “Ila ni kembar cikgu. Kembarnya belajar di sekolah asrama penuh dekat Selangor. Jarang dia balik melainkan cuti panjang. Tak mahu membazir katanya bila ditanya kenapa jarang balik tapi selalu dia tulis surat pada kami dan kirim nota-nota pada Ila. Apa Ila tak cakap ke pada cikgu yang  Ila ada saudara kembar?,” Tanya Mak Jah pada Nabila. Nabila hanya menggeleng kepala.
“Ila ni pendiam makcik, mana dia nak cakap tak tentu pada orang kalalu orang tak tanya,” Balas Amir mempertahankan Nabila sambil tersenyum.
 “Aaaa, berbual-berbual jugak minum airnya,” Ajak Mak Jah pada rakan-rakan Nabila.
Cikgu Ismadi begitu asyik melihat Nabila melayani ibunya. Begitu sopan sekali. Ah....Nabila segala-gala yang kau miliki mempunyai ciri-ciri wanita idaman hati, bisik hati kecil Cikgu Ismadi.
Sedang mereka berbual-bual terdengar bunyi enjin motor dihalaman  dan suara orang yang memberi salam. Nabila yang dapat mengagak siapa yang datang lantas bangun menuju ke pintu.
Makcik, abang Razi naiklah,” Ajak Nabila pada tetamunya.
“Ada sapa Ila?,” Tanya Makcik Milah bila dilihat ada kereta dan kasut yang banyak di rumah Nabila.
Razi hanya tersenyum kerana tahu siapa yang datang ke rumah Nabila.
“Cikgu dan kawan-kawan sekolah Ila makcik, marilah mereka tengah berbual dengan mak,”.
Selepas mereka berbual-bual Cikgu Ismadi dan rakan-rakan Nabila meminta diri untuk pulang kerana hari sudaj lewat petang. Nabila menghantar sehingga ke pintu dan mengucapkan ribuan terima kasih di  atas perhataian mereka. 

SAMUDERA KASIH 7

Ismadi termenung di meja guru mengenangkan nasib Nabila. Dia dapat merasakan kesusahan yang mengimpit Nabila sekeluarga. Masih jelas terbayang diruanng matanya keadaan rumah Nabila yang serba kekurangan. Tiada kelengkapan perkakas rumah yang ada di rumah Nabila melainkan meja untuk belajar. Ismadi kagum dengan ibu Nabila kerana dia mengutamakan pelajaran anak-anaknya dari keselesaan hidupnya. Rumah sederhana besar itu cukup kemas dan mendamaikan jiwa bila berada di situ. Tidak hairanlah Nabila dan adik-adiknya dapat belajar dengan tekun kerana mereka tidak dipengaruhi dengan perkara-perkara yang melekakan. Patutlah teman-teman Nabila suka berkunjung ke rumahnya untuk mengulangkaji pelajaran. Suasana tenang memudahkan mereka mentelaah pelajaran. Secara tiba-tiba Ismadi mengucap syukur pada Allah kerana walaupun dia sudah tiada ibubapa tapi hidupnya sentiasa dilimpahi kesenangan di bawah jagaan datuk dan neneknya. Terbetik dihatinya untuk membantu mengurangkan beban Nabila sekeluarga.
“Hai Is, termenung panjang nampak?. Ingat mak we ke?,” Sapa Cikgu Ramli seraya melenyapkan lamunan Ismadi.
“Tak adalah, biasa aje,” Cepat Ismadi menjawab supaya tidak ditanya lebih lanjut, tapi ternyata sangkaannya meleset bila Cikgu Ramli mengambil tempat disebelahnya.
‘Kau dah sampaikan sumbangan pihak sekolah pada emak Nabila Is?. Bila Nabila nak sekolah semula?. Kesian dia banyak pelajaran dah tertinggal,” Soal Cikgu Ramli.
“Dah hari Jumaat hari tu aku pergi dengan budak kelas Nabila. Mak dia masih macam yang kita tengok dekat hospital dulu,” Terang Ismadi lalu menyambung cakapnya.
“Aku tak sangkalah Li, Nabila tu mempunyai tanggungjawab yang besar pada keluarganya. Dekat sekolah aku tengok dia sentiasa gembira seolah-olah tiada masalah,” Luah Ismadi.
“Is, tak semestinya orang yang sentiasa ceria tu tak ada masalah. Aku dah lama tahu kesusahan Nabila tu.
Dia memang seorang pelajar yang pandai menyimpan rahsia. Ramai cikgu dekat sini kagum dengan dia Is. Dia tidak pernah mencampurkan soal peribadi dengan pelajaran. Sebab itulah dia sentiasa mencapai markah yang baik dalam pelajaran,”
“Aku kagum dengan dialah Li. Dialah pelajar yang patut dicontohi oleh pelajar yang lain,”.
“Kagum aje, tak terpikat ke?,” Usik Cikgu Ramli pada Ismadi yang masih bujang dan sentiasa menjadi perhatian pelajar perempuan di sekolah. Ismadi hanya mampu tersenyum mendengar usikan itu. Rahsia hatiku takkan aku bocorkan, bisik hati Ismadi.
“Tapi Is kalau kau berminat dekat dia kena risik-risik dulu,” Giat Cikgu Ramli.
“Kenapa pulak?,” Soal Ismadi berminat ingin tahu.
“Kau taulah Nabila tu dahlah cantik, pandai pulak tu. Tentu ramai peminatnya,” Tambah Cikgu Ramli bagai tahu ada sesuatu yang terpendam di hati temanya itu.
“Tak adalah Li, aku simpati dengan nasib dia,” Balas Ismadi cuba menyembunyikan perasaannya.
Masing-masing bergegas ke kelas apabila loceng berbunyi menandakan pertukaran pengajaran mata pelajaran. Cikgu Ismadi melangkah ke kelas 5 Sains 1untuk mengajar pelajaran Matematik Tambahan.
Pertama-tama yang dilakukannya bila memasuki kelas itu ialah menjeling di tempat duduk Nabila. Masih kosong menandakan Nabila masih belum hadir ke sekolah. Risau hatinya mengenangkan banyak pelajaran yang tidak dapat diikuti oleh Nabila.
Ah Nabila di mana-mana aku berada wajah kau juga yang menjelma di ingatan, luah hati Cikgu Ismadi.
 Selesai mengajar dan memberi kerja rumah untuk pelajar-pelajarnya, Cikgu Ismadi meninggalkan kelas 5 Sains 1 dengan lemah.  
“Kau perasaan tak Cikgu Ismadi tu macam tak ada mood aje hari ni”, Ucap Ira pada Mimi.
“Macamana nak ada mood, murid kesayangan dia dah seminggu tak datang”, Jawab Amir yang duduk berhampiran .
“Kesian Ila. Aku nak ke ruamah dialah lepas sekolah, nak bagi nota dan terangkan pelajaran yang baru”, Tutur Mimi.
“Ala, aku ada latihan bola tamparlah hari ni, kalau tak nak juga aku ikut kau Mimi”, Balas Amir.
Perbualan mereka terhenti bila guru kimia masuk ke kelas.